KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2010
Untuk lebih banyak gambar sila ke GALERI FOTO
PENDAHULUAN SMK Agama Miri merupakan satu-satunya sekolah agama di peringkat menengah di bahagian Miri. Seperti juga sekolah-sekolah lain, SMK Agama Miri juga mempunyai latar belakang sejarahnya yang tersendiri. Antara objektif utama penubuhan sekolah yang beraliran agama, khasnya SMK Agama Miri ialah : • Sebagai memenuhi hasrat dan kehendak masyarakat Islam di kawasan utara Sarawak yang dahagakan didikan yang berdasarkan keIslaman di kalangan anak-anak mereka, yang mana sejak sekian lama diabaikan, khasnya oleh pihak penjajah. • Memberi peluang didikan yang berteraskan keIslaman yang secukupnya di kalangan anak-anak Ialam terutama yang datangnya dari kawasan luar bandar bagi melengkapi diri mereka dengan bekalan ilmu untuk dunia dan lebih-lebih lagi untuk akhirat. • Diharap dengan didikan tersebut, para pelajar yang akan keluar dari sekolah ini suatu hari kelak merupakan satu kelompok manusia yang sudah mantap dari segi keimanan, ketaqwaan, disiplin yang kuat dan berkualiti tinggi serta tidak terlalu fanatik. Tegasnya mereka sudah bersedia bagi menghadapi suasana dunia yang mencabar ini dan mempersiapkan diri untuk akhirat. Lantaran daripada objektif itulah maka pada tahun 1985 ditubuhlah SMK Agama Miri yang telah menerima kemasukan pelajar pertama pada 2.1.1985 |
|
|
Ditulis oleh Administrator
|
Pengumuman 1
TERIMA KASIH KERANA MASIH MELAYARI LAMAN WEB SMKA MIRI. PIHAK KAMI MEMOHON MAAF DI ATAS KESULITAN ANDA DALAM MELAYARI LAMAN WEB INI SEPANJANG SEBULAN SEBELUM INI. MASALAH INI BERPUNCA DARI GANGGUAN SERVER BPI (BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM) AKIBAT PROSES PENAMBAHBAIKAN. PIHAK KAMI DIMAKLUMKAN BAHAWA SEVER BPI INI MASIH DALAM UJIAN DAN PEMANTAUAN TETAPI TELAH BOLEH DIGUNAKAN SEPERTI BIASA BUAT MASA INI. PROSES LOG INI DAN REGISTER BOLEH DIGUNAKAN SEPERTI BIASA. Updated : 30 March 2010
Pengumuman 2 Kepada sesiapa yang berminat untuk berkongsi sebarang artikel atau maklumat berguna bolehlah hantar kepada webmaster menggunakan menu KONGSI BAHAN atau PRIVATE MESSAGE. SUMBANG ARTIKEL hanya boleh diguna oleh pengguna kategori AUTHOR sahaja. TQ.
Pengumuman 3 Pihak SMK Agama Miri sangat mengalu-alukan kepada bekas-bekas pelajar dan bekas guru SMKAM untuk turut serta menyertai komuniti ini dan menghebahkannya kepada rakan-rakan seperjuangan. Semoga kita sama-sama dapat berkongsi maklumat dan pengalaman untuk kebaikan semua...TERIMA KASIH... MAKLUMAN Kepada sesiapa yang telah mendaftar(register) di smkamiri.bpi.edu.my namun masih tidak dapat LOG IN, pihak kami memohon agar anda mendaftar semula tetapi dengan maklumat yang lebih lengkap, terima kasih. (updated : 10 April 2010) |
|
Terakhir dikemaskini ( Sabtu, 10 April 2010 00:18 )
|
|
|
|