| Sejarah |
|
|
|
Muka 1 daripada 3 SEJARAHSMK Agama Miri merupakan salah satu daripada 3 buah sekolah agama yang baru di tubuhkan pada tahun 1985 di negeri Sarawak . Dengan adanya 3 buah sekolah ini menjadikan SMK Agama di Sarawak berjumlah 4 buah pada masa itu. ![]() Sejarah penubuhan sekolah ini agak menarik kerana semasa ditubuhkan sekolah ini tidak mempunyai bangunan dan kawasannya sendiri. Pada hari pertama tanggal 2 Januari 1985, pendaftaran kemasukan pelajarnya diadakan di SK Anchi dengan jumlah pelajar yang mendaftar seramai 118 orang.
Pada hari tersebut, taklimat dengan ibubapa oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan mengenai dasar penubuhan dan cita-cita sekolah ini turut diadakan. Memandangkan bangunan sementara sekolah belum siap sepenuhnya, maka para pelajar dan guru dipindahkan ke Kolej Tun Dato' Tunku Haji Bujang Miri pada hari yang sama selepas taklimat. Pihak kolej terlalu banyak membantu sekolah ini sepanjang proses perpindahan tersebut. Pihak kolej telah membantu menyedia dan meminjamkan kemudahan mereka seperti bilik guru, pejabat am, bilik-bilik darjah, asrama, rumah guru dan berbagai kemudahan lain yang diperlukan oleh warga sekolah ini. ![]() Sekolah ini menumpang sementara di kolej tersebut sementara menunggu bangunan sekolah siap dibina selama sepenggal dan kembali berpindah ke kawasan SK Anchi pada 12 Mei 1985. Pada tarikh ini, warga sekolah ini telah berpindah semula dari Kolej Tun Dato' Tunku Haji Bujang ke bangunannya sendiri di kawasan SRK Anchi . Peristiwa ini merupakan salah satu sejarah yang tidak mungkin dilupakan bagi warga SMK Agama Miri khasnya para pelajar dan guru-guru perintis sekolah ini . Keadaan ini berlanjutan sehinggalah tahun 1999. |
LATAR BELAKANG






